快活吧!

快活吧!

2012年7月16日星期一

SEBAB-SEBAB KHAS MENJALANKAN HOME SCHOOLING:

见了官员,感觉良好,还需等待案件带到教育部开小组会议以后才知道结果。很高兴官员阅读了我们的陈词以后还问我们为何不早点把问题程上去而拖延了这么久,希望会有好消息~不过,最快也要一个月左右才可以知道结果。(13/07/2012)

这是我们所准备的陈词:


SEBAB-SEBAB KHAS MENJALANKAN HOME SCHOOLING:
       Kami tidak mengetahui dan tidak memahami masalah anak kami sebelum dia belajar di darjah 3.Semasa dia belajar di darjah 3, pelbagai masalah telah menimbul. Terutamanya masalah semasa belajar dalam kelas dan juga dalam tahap mengikut pembelajarannya.
       Semasa darjah 3, anak kami selalu didenda oleh gurunya disebabkan tidak menumpurkan perhatian dalam kelas semasa guru mengajar dan dia juga tidak sempat menghabiskan kerja-kerja sekolah.
       Untuk perkara ini saya telah berbincang dengan pihak sekolah supaya mengurangkan kerja-kerja sekolah anak saya tetapi cadangan tersebut ditolak oleh pihak sekolah atas cadangan ini tidak adil kepada pelajar yang lain. Selepas ini, kami telah bercuba mendapatkan informasi yang berkaitan dari internet.Dari internet kami mendapati anak kami sedang mengalami kesukaran pembelajaran (Learning difficulties). Oleh itu, kami memutuskan membawanya berjumpa dengan doctor pakar (Pediatrik Develepment) di Sunway Medical. Perjumpaan ini telah mengambil masa selama setengah tahun dan akhirnya kami dapat berjumpa dengan doctor tersebut pada bulan Julai 2010.
       Selepas berjumpa denga doctor tersebut, kami mendapat penilaian daripada doctor bahawa anak kami mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan kematangannya juga telah ditangguhkan selama dua tengah tahun (Mental development retardation). Ini juga bermaksud anak kami yang berumur 10 tahun mempunyai kematangan yang hanya 7½ umur. Anak kami juga perlu diberikan pengajaran satu-satu (one-on-one teaching) yang mengikuti tahap kemajuannya.
       Selepas perjumpaan ini, kami telah menyerahkan surat penilaian yang terima daripada doctor kepada pihak sekolah. Kami berharap supaya pihak sekolah dapat mengambil perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu anak kami.
       Tetapi kami mendapat maklumat daripada pihak sekolah bahawa pihak sekolah tidak dapat membantu ke atas perkara kami kerana pihak sekolah telah mengalami masalah kekurangan guru.
       Kami juga telah berbincang dengan anak kami bahawa kami bercadang supaya menurunkan tingkat darjahnya. Tetapi dia tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana dia berasa sangat sedih dan maruahnya telah tercecah.Oleh sebab ini, kami terpaksa mengetepikan perkara menurunkan pangkat darjahnya.
       Seterusnya kami telah mengambilkan tindakan ketiga iaitu berjumpa dengan Bahagian Pendidikan Khas dan bercadang untuk menghantarkan anak kami ke sekolah pendidikan khas. Tetapi selepas kami melawat ke beberapa buah sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang berdekatan di kawasan kami, kami mendapati bahawa pelajar-pelajar yang belajar di kelas pendidikan khas kebanyakan mereka yang mempunyai kecacatan mental dan kaedah pengajaran kelas pendidikan khas juga tidak sesuai kepada anak kami.Terpaksalah kami memutuskan cadangan kami ini.
       Selain itu, kami juga telah bercadang untuk mengupahkan seorang guru tambahan demi membantu anak kami dalam pembelajarannya. Tetapi kerja-kerja sekolah yang banyak yang tidak dapat diselesaikan oleh anak kami telah memuatkan masanya sehingga dia tidak dapat bermain dengan adik-beradik. Tambahan, keadaan ekonomi keluarga kami juga tidak mampu menanggung bayaran upahan untuk guru tambahan.
       Sekarang anak kami telah berumur 12 tahun dan akan menduduki peperiksaan UPSR pada hujung tahun. Kami berasa sangat sedih dan susah hati semasa melihatnya setiap hari bersibuk dengan kerja sekolahnya yang tidak habis-habis disiapkan. Kami juga berasa bahawa kerja sekolah yang dibagikan oleh guru sebenarnya tidak dalam lingkungan tahap kemajuan pembelajarannya. Hal ini kerana mengikut tahap kematangan yang dinilaikan oleh doctor pakar tersebut, tahap kematangan anak kami hanya mencapai 9½ tahun.
       Kami juga berisau sekiranya masalah anak kami tidak diselesaikan secepat mungkin, tahap kemajuan pembelajaran anak kami akan terkandas kerana secara langsungnya dia tidak dapat mengikut pembelajaran yang diajarkan oleh pihak sekolah.Selain itu, kerja-kerja sekolah yang terlalu banyak akan memberi tekanan yang tinggi kepada anak kami dan secara tidak langsungnya akan menjejaskan kesihatan anak kami yang pernah menghidapi leukemia.
       Selepas berbincang dengan ahli keluarga dan kawan rapat kami, kami berpendapat bahawa pilihan menjalankan persekolahan di rumah (home schooling) merupakan pilihan yang terbaik untuknya. Antara kebaikan home schooling ialah lebih selesa dan bebas serta tidak akan diganggui oleh pelajar lain.Selain itu, kami boleh mengajarnya mengikut tahap kemajuan pembelajarannya dan dapat menyediakan kerja rumah yang sesuai untuknya.
       Sebagai ibu bapa yang mementingkan pembelajaran dan masa depan anak, kami memohon supaya pihak berkuasa akan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kami secepat mungkin.
       Kami sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab berjanji kami tidak akan mengetepikan pembelajaran anak kami. Kami juga mempunyai keyakinan dan berikhlas bahawa kami boleh menguruskan pengajaran anak kami dengan sempurna dan juga yang memuaskan. Di bawah jagaan kami, anak-anak kami yang lain juga telah mencapai keputusan yang cemerlang di Peperiksaan PMR yang lalu. Anak sulung kami, Pearlynne Lim Kai Wei (950410-xx-xxxx) telah mencapai 7A1B pada tahun 2010 dan anak kedua kami, Maylynne Lim Kai Wen (960508-xx-xxxx) telah mendapat 6A2B dalam Peperiksaan PMR pada tahun lepas iaitu tahun 2011.
       Oleh itu kami mempercayai sekiranya anak kami Lim Kai Yit diberi peluang mendapat pendidikan yang sesuai dengan tahap kemajuan pembelajarannya di sekolah, dia juga boleh dapat mencapai kecermelang dalam peperiksaan awam seperti kakaknya.
       Walau bagaimanapun, kami akan membenarkan anak kami terus belajar di sekolah sekiranya pihak berkuasa dapat menyediakan guru yang sesuai dan dapat mengajar secara satu-satu(one to one teaching) dan juga mengikuti tahap kemajuaannya .
        Akhirnya, kami harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan meluluskannya secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.







2 条评论:

Unknown 说...

哗!好长的信咧!希望会有好消息咯!

sandychoo 说...

我之前做了很多的比较,还是这家wukelandaiyun.cn的代孕最好,他们的服务确实很完善,之前听朋友那里说他们的基本设施真的非常棒!以及他们的医生利用最新技术和最佳方法,帮助你们取得积极的IVF项目成果,还可签100%的成功配套,还包含了全部的检查,不加任何费用。